Wednesday, July 13, 2011

Trip to Johor Bahru

Kali terakhir aku pergi JB pada tahun 1996/97 kalau tak silap...baru lepas abis sekolah pergi rumah keluarga angkat di Taman Perling. Ini kali kedua aku dapat pergi JB atas urusan syarikat..thanks tu kawan aku Rizal bagi peluang aku gantikan tempat dia. Group kami gerak dari Tanjong Malim + kamera di tangan ready untuk rakam apa yang termampu...seat down relex enjoy the pic...
atas lebuh raya..yang duduk sebelah pun penat yang drive lagi la...

singgah lunch di hentian pagoh + me with my new hat

dipenghujung highway...welcome to Johor Bahru

Regency Hotel JB a.k.a The Zone

lepak sebelum check in hotel..geng snap pic

lepak @ ZORRO tak jual air sirap..damnnn..

snap dari bilik hotel..seberang laut to Singapore..

sedikit setuhan art + geng jadi model..depa ni baru lepas habis present projek

funky pose...

petang terakhir di JB..ronda jejalan cari makan..baru dapat bonus la katakan..enjoy...



JB city Square..


yam chaaa time...



sedikit view pasar karat...

on the way balik singgah ayer hitam..syurga Teddy Bear + barang kawen + hiasaan rumah + kerepek..yum yummmm..

jalan jem sebab banyak road blok merata tempat...esok BERSIH
 rasa tak puas 3 hari lepak JB..tapi apa bole buat budget time macam tu jer...tak habis lagi tu pusing JB ntah bila la boleh pergi lagi....

Tuesday, July 5, 2011

Alam Dan Manusia_Koleksi Peribadi

Dah lama rasanya tak update blog ni disebabkan kesibukkan yang melanda. Bahannya ada cuma tak sempat nak upload jer..so hari ni aku nak share dengan kawan² lain...bahan kali ni lebih kepada alam sekitar dan kita..mungkin ada yang pernah tengok mungkin ada yang belum...so seat down relex enjoy the pic...


sunset di Bandar Behrang 2020

Tasik Proton City

Add caption




Fenomena hujan panas

Sunrise Bandar Behrang 2020
Subhanallah...

Monday, June 20, 2011

StreetPhoto:From Pekan Behrang Stesen To Pasar Malam Tanjong Malim

Hari: Sabtu 18.6.2011( hari cuti isteri dan anak² balik kampung )
Tujuan aku adalah untuk mengasah mata cuba praktikkan apa yang dipelajari. Seawal pkl 7.00am aku dah tercanggak di pekan Behrang Stesen.Sebelah pagi aku shoot sorang sebelah petang shoot dengan bro shidi yang balik bercuti. Dari mata kaca lensa ku....

 Pekan ni penduduknya tak ramai dalam 300 hingga 400 orang sahaja...dulu cecah seribu lebih tapi disebabkan kawansan ni agak terpinggir dari pembangunan ramai penduduk disini cabut lari --Sumber dari penduduk setempat


 Majoriti penduduk disini berbangsa cina tapi depa cukup ramah, hilang rasa cuak aku nak snap gambar kat pekan ni..



Nasi lemak kat kedai ni sedap...rasa nak pergi lagi...





gambar sendiri buat kenangan....
  Sebelah malam aku bersama bro Rashidi pergi ke pasar malam Tanjong Malim untuk snap apa yang boleh disnap..almaklumla dua-dua 'bujang' la katakan..apa pun thanks kepada shidi share knowledge dan pengalaman...ohhsemmmm





Psikologi orang meniaga..buat aku 'Tersenyum'
Credit to Epoi dan kawan dia bagi pose yg baekk punyeee..
Lepas ni nak shoot kat mana pulak ye....eeemmmmm

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan_16 Jun 2011 - Subhanallah

Subhanallah..itu lah perkataan yang keluar dari mulut aku bila dapat melihat sendiri kejadian Gerhana Bulan malam tadi..alhamdulillah Allah bagi kesempatan pada aku untuk tengok sendiri kekuasa-Nya walaupun dikabarkan ditempat lain keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk melihat gerhana ni...Cuma percaturan ku silap ( ewaah ayat..hehehe ) aku bangun pukul 3 pagi rupanya dah separuh bulan dah jadi gelap...apa pun alhamdulillah boleh gak snap pic untuk dikongsi dengan semua..harap maaf kalau image kurang jelas atau menarik..maklum la bapak budak masih baru belajar nak snap foto...

Fasa kejadian gerhana bulan


Lakaran perbezaan gerhana matahari dan bulan


 Apa yang berlaku malam tadi seperti lakaran diatas keduduk bulan,bumi dan matahari adalah selari. Bumi berada ditengah-tengah menyebabkan bulan terlindung dari pancaran matahari - cuba ingat balik subjek 'Alam Dan Manusia'. Dibawah ni pic yang aku snap awal pagi tadi guna lens 70-300mm tanpa VR ( ini jer yang mampu..hehehe )

rakaman kejadian dari pkl 3.00am~3.30am
 Selepas pic # 7 bulan hilang terus dari pandangan sebab awan tebal lalu di kawasan rumah aku...sambung tido balik..

Tuesday, June 14, 2011

Operasi Cabut Gigi Nur Adibah

Actually kali ni adalah kali ke-2 adibah kena cabut gigi sebab gigi baru dah tumbuh jadi untuk memudahkan pertumbuhan gigi baru tu jadi gigi lama perlu dicabut walaupun masih elok. Jadi hari ni aku masuk keje lewat sikit ( time slip ) untuk bawak adibah ke klinik. 3 minggu lepas masa cabut gigi kali pertama tak sempat nak snap masalah cam kali ni aku dah ready..nah ceritanya....hehehe..kesian anak abi tahan sakit...
Kami anak beranak sarapan dulu ka hulu bernam..dah lama dah sarapan kat sini..tau dek umi dia kami lepak sini mesti muncung muka sebab tak bawak dia..hehehe

 Adibah bersama no giliran..alhamdulillah orang tak ramai...
 Masa operasi mencabut gigi..kali ni sakit sikit nampaknya mungkin sebab gigi tu kuat lagi kot...kesian anak abi....Thanks Doc bagi snap pic..
Selepas cabut gigi...aku yang tua ni pun tengok ngeri...eeeeeeeeeee