Tuesday, May 31, 2011

Musim Kahwin Tiba Lagi....HuuuHuuuu..!!!!

Minggu lepas bersama kamera ku + Md Ejam + Paan kami ke Temoh Stesen dan Kampar. Temoh Stesen ni aku tak pernah pergi lagi...alhamdulillah aku dapat sampai ke sana tapi bukan pergi jejalan saja tapi atas sebab urusan sebagai seorang tukang gambar perkahwinan. Terima kasih kepada pasangan pengantin Azhar + Salinan, En Salleh + Puan Asmah ibu bapa kepada pengantin perempuan, En Kamarudden + Puan Zainad ibu bapa kepada pengantin lelaki diatas layanan yang sangat mesra + kerjasama yang sangat baik...


Md Ejam tengah borak dengan kamera nye..hehehe takkan tertekan kot...hahaha


Pose istimewa sanak saudara pengantin


Ni member baru gua..kenalkan nama dia Shahir....

Untuk lebih gambar sila ke : http://www.harbinphotoart.blogspot.com

Nantikan projek minggu depan....tungguuuuuuuuuuu...............

Wednesday, May 25, 2011

Mungkin ini kali terakhir aku berjumpa dengan Mr Miyake Kimio

Dari bulan 10 tahun lepas ( 2010 ) aku start join program Master Trainer kerjsama antara tempat kerja aku dengan ADTEC/Majaico. Dan hari ni adalah mungkin hari terakhir ( 25/5/2011 ) aku jumpa dengan sansei aku ni sebab lepas ni mungkin dia akan balik ke Jepun atau bekerja di China. Banyak jugak benda yang aku dapat belajar dari Mr Miyake ni..apa pun terima kasih kepada beliau + geng majaico kerana berkongsi knowledge idea sepanjang aku dalam Master Trainer Program


Mr Miyake Kimio
Gambar kenangan bersama Mr Miyake + geng




Sansei hadiahkan aku pen pilot...huhuhuhu



Monday, May 23, 2011

Kewajipan seorang manusia berstatus hamba Allah

Entry kali ni gambar bukan dari kamera aku tapi dari email kawan-kawan...lihatlah sendiri...
Gambar oleh Afendy Latif




PENYOKONG KELANTAN BERJEMAAH DI STADIUM (TIADA DALAM AKHBAR)
Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.
Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).

"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Monday, May 16, 2011

Nature + Wedding + Lolita_Sabtu dan Ahad

 Hari satu dah ahad...tak de OT apa lagi untuk mengelakkan penambah besaran badan aku kena buat aktiviti so ini lah hasilnye

Lolita style : Scha + Shuz + Shu



Nature vs Structure
 




Wedding Candid - Thanks to Rangga http://afzarhushairiphotography.blogspot.com/
Faizal + Ana





 




Monday, May 9, 2011

Bila Nur Adibah walking with D3000 + lens 70 - 300mm

Anakku yang sulong nama nya Nur Adibah umur 6 tahun. Hobi dia makan dan sememangnya dia kuat makan..hehehe..mujur la dia ni spesis tinggi macam abi dia..hehehe marah umi dia kalau dia baca ni..bebaru ni aku bagi dia shoot guna kamera aku biasa sebelum ni pakai hand phone jer + dia pun dah tau sesikit macam mana nak operate D3000s aku tu...jadi bagi la dia peluang + inilah hasilnya

photog: Nur Adibah
lokasi: Pusat Futsal Elite Tg Malim
Gear: D3000 + lens 70 - 300 mm





Gambar Ehsan dari Nick Faiz
 Nampaknya kamera D3000 aku tu dah ada pewarisnya...abi akan simpan untuk kakak

Friday, May 6, 2011

Santai foto bersama famili FOTO SHutter + Zulu Capture Team

Time public holiday 1.May.2011...dah plan lama akhirnya dapat jugak lepak bersama walaupun tak semua tapi tetap best sebab aktivit macam ni dapat mengeratkan hubungan + berkongsi ilmu + mungkin cari jodoh...hahaha Terima kasih kepada Cikgu Zul sebab sudi jugak datang walaupun baru abis job.. banyak bagi ilmu pada yang lain, tak kudukut ilmu langsung.






Loving couple...?????
Terima kasih jugak kepada tauke Restoran Dusun Bay bagi keizinan guna tempat dia untuk buat TT..dengarnya siap bagi FOTO Shutter 1 dinding untuk gantung gambar...menarik tu...