Wednesday, March 30, 2011

Bekalan untuk mati nanti...Insya'Allah

Hari minggu hari untuk berehat..dulu hari minggu bagi aku hari untuk buat duit lebih, overtime kat kilang...sebulan buat  4 kali keje hari minggu sure kaya raya..hahaha tapi semenjak tak de OT ni hari minggu aku banyak habiskan masa dengan famili + hobi + kawan²...dua minggu lepas aku tergerak nak tolong kawan² satu taman untuk buat padang simen kat sekolah agama rakyat di kawasan behrang ni....kerja gotong royong sebab nak jimat kos maklum la kurang sekolah agama kurang dapat bantuan..terdetik dalam hati aku...kerana Allah ini adalah Overtime untuk bila mati nanti..untuk anak² sekolah agama rakyat bermain dan belajar...semoga Allah terima apa yang aku buat...Amin..kepada yang nak menderma untuk sekolah Agama Rakyat Bandar Behrang 2020  boleh hubungi Ustaz Sayed 0125278590 ( buat saham untuk bekalan mati nanti )

Gambar kawan² sedang bergotong royong


Thursday, March 24, 2011

Kakak jangan main hujan...!!!!

Kalau anak² main hujan mesti mak atau ayah dia akan betempit...kakak jangan main hujan..nanti demam..!!! eleehhhh..macam la ayah atau maknye dulu tak pernah main hujan. Kalau dikenang balik masa zaman kecik masa time hujan lebat la waktu paling best main selagi kilat tak menyambar selagi tu la dok main hujan..Apa salahnya kita bagi anak² kita pulak rasa nikmat main hujan..ada berani ka..hahaha

Tips untuk bagi anak main hujan : pastikan hujan tu bebetol lebat dan dia main hujan sampai dia sejuk mengigil sebabnya bila dah main hujan lelama badan kita akan sesuaikan dengan suhu masa tu jadi insya'Allah tak demam tapi mungkin kena selsema sikit la....kalau nak tau hasilnya cuba la..hehehe



Bagi peluang anak² kita rasa macam mana kita rasa dulu masa kat kampung...Jom kita main hujan..!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

Belajar slow shutter

Slow shutter...apa ada dengan slow shutter, leceh main slow shutter ni sebab nak kena pakai tripot tapi nak tau apa kelebihan slow shutter aku usung la kehulu kehilir tripot tu bersama beg kamera. Tak cuba tak tau apa kelebihan bermain dengan slow shutter..sifu tak bagi jawapan dia cuma bagi cara nak buat, jawapan kena cari sendiri iaitu kena try shoot dan tengok sendiri hasilnyeeee....slow shutter ni sesuai pada masa dan kawan yg cahaya tak berapa terang senang cite dalam rumah ke ( tanpa pasang lampu ) atau nak masuk waktu malam..dan hasilnya macam kat bawah ni la....



ketiga-tiga gambar diatas mengunakan kelajuan shutter yang berbeza...kalau korang nak tau berapa shutter nye..cuba la buat..selamat mencuba

Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Aril & Nurish_Kalumpang

Terima kasih kepada pasangan pengantin Aril & Nurish kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk rakamkan hari bersejarah korang...Thanks juga pada Nick Faiz, Ijam, Pali kerana join aku shoot hari sabtu lepas walaupun hari hujan...pasni kita buat lagi eeekkk....

Pasangan bahagia Aril & Nurish


 pose special dari nick faiz

to ijam & pali sori..gambar korang tak de..tapi nama ada...thanks u allzzz
wedding photo studio : www.harbinphotoart.blogspot.com

Saturday, March 19, 2011

The Yellow Ferrari Limited Edition

Dekat rumah aku ada sebuah jentera yang sangat hebat sudah terbiar lama tak bergerak...padanya ada loga yang sangat mahal..Kuda Hitam ( logo kereta Ferrari ) hehehe logo je bukan kereta Ferrari betoi..kalau betoi punya dah lama kena rem dah...petang tadi lepak dengan jiran lama Ijam,Pa,an dan Pali sambil dok ulangkaji mata pelajaran Creative Light..sambil tu sharing apa yang patut...walaupun masa singkat tapi pengalaman hari ni penuh makna..saksikanlah kenangan bersama 'The Yellow Ferrari' wakakkakaka....


The Yellow Ferrari

Wednesday, March 16, 2011

Sunset @ Tasik YDP Slim River

Hari cuti yang ke 2...alhamdulillah cuaca terang menderang, anak isteri semua outstation jadi aku bosan tahap gaban tetiba teringat usul rangga aka adik nak shoot sunset kat tasik di Slim River. Berbekalkan harapan yang tebal didada ( ayat sastera..hehehe ) start superbike aku terus gerak ke slim river..alhamdulillah cuaca terang jer...dan seperti yang dijangka..aku dapat hasilnya..alhamdulillah..mengunakan aperture kiraan besar f 10 keatas ( mengikut kesesuaian la ) aku terus shoot dan hasil nyeeee...........



Untuk lebih gambar silakan ke:

Sunday, March 13, 2011

Aktiviti bebas bersama gengs

Lokasi photoshoot kali ni tak jauh mana pun...sekitar taman rumah aku, senang nak pegi ke lokasi naik basikal jer, meeting point kat rumah daus. Sebelum nak shoot tah apa yang kami nak shoot tengok cuaca tak berapa OK..awan berlalu gelap berkepul-kepul tanda nak hujan..alhamdulillah hujan berhenti pada waktu yang tepat..sempat la jugak shoot..kalau tak kecewa la kawan² yang  datang dari jauh ( mael,ranggan,iwan )...hehehe..apa pun petang yang best walaupun singkat dapat belajar Creative Light dengan sifu...talent pun best..Thanks to
Firdaus
Mael
Mok
Iwan
Rangga
Nizam
Erma the Talent
Nick ( walaupun datang jap..hahaha )

daus tengah belajar nak guna SB700 dengan rangga

Wednesday, March 9, 2011

Creative Light_Test try dengan geng

Bertempat di Tasik Embayu Proton City..mana lagi..hehehe merupakan lokasi menarik masa sunset di Tanjong Malim ni, lepas balik keje semalam aku, nick , haris , kucaks dan ameerul aka bob lepak sesambil mengasah teknik Creative Light...ini percubaan pertama aku sendiri berbekalkan ilmu yang telah diturunkan oleh tok guru photo dan idea dari ternet...tapi sayang la tak boleh guna 2 speedlite sebab bateri dah kong boleh pakai 1 receiver jer...aahhhh hentam jer la..guna mana yang ada...Thanks pada yang terlibat atau terjebak jadi subjek..hehehe..

Sunday, March 6, 2011

Light Trail @ Tanjong Malim + Geng

Semalam waktu minum petang dengan nick dan haris...tetiba pop up idea nak buat light trail..malam bertempat di Restoran Perahu pecah lepak minum  dulu sementara tunggu yang lain datang...malang lagi nasib macam tadi petang menu  yang di order tak sampai-sampai..mungkin sebab nick la kot..hahaha jangan marah bro..gurau jerrrr...sebenarnya aku tak biasa sangat dengan slow shutter ni..dah lama nak cuba tak berkesempatan..jadi peluang yang macam ni tak boleh dilepaskan...ini percubaan yang pertama...yang datang lepak sama Nick, adik Nick, Mael, Haris, Ameerul aka BoB..sempoii aaa korang...


Minum petang dgn haris & nick....tunggu kentang goreng tak sampai-sampai..hahaha

lepak minum kat Perahu pecah..tunggu sapa lagi nak datang...tunggu kerang tak sampai-sampai

mael tengah setting..baekkk punyeeee.....

don't try this at home.....

and also thisss....

pose istimewa hero remaja...manje siottt...

macam biasa..gambar kenangan sebelum balik...

Saturday, March 5, 2011

Welcome to the 'Phottix'

Hari ni dalam sejarah...set triger yang aku mintak tolong 'Rangga' belikan dah sampai...lepas ni boleh belatih macam mana nak bermain dengan cahaya pulak..bertambah lagi satu skill aku...set phottix ni datang dengan 1 transmitter + 2 receiver, nampak gaya kena cari lagi satu speedlite le ni..hehehhe..KKopakkkkkk...hahahha