Wednesday, December 21, 2011

biasa teg along tapi kali ni lone ranger

Kata sepupu aku..nanti bila hang dah lama sikit dalam dunia fotografi ni hang akan jumpa memacam orang dah hang akan belajar sesuatu dari orang itu..lebih kurang macam tu la kata dia...biasa aku teg along sepupu aku sorang ni belajar macam mana nak shoot untuk majlis kahwin dan betoi macam mana dia cakap untuk jadi lagi bagus dan mendapat lebih banyak ilmu kita kena kenal jugak orang lain dalam dunia fotografi ni sebab setiap orang tak sama caranya...aku pernah terbaca dalam satu buku motivasi perniagaan, katanya..untuk menjadi yang terbaik kita perlu berkawan dan belajar dengan orang mahir tentang perkara yang kita nak belajar tu..dan alhamdulillah aku dikelilingi oleh orang-orang yang berbakat dalam bidang foto ni...dengan inisiatif sendiri aku tebalkan muka belajar dengan sesiapa saja yang lebih tahu dari aku...perlahan tapi insya'Allah aku akan jadi lebih baik dari sebelum ni..terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu yang ada semoga Allah akan merahmati kalian..tak perlu sebut nama..anda sendiri tahu..huhuhuhu..kali ni aku nak share 1st officel job aku dengan Exertion Photografi..terima kasih kepada Ahmad Zamzahuri Abas ( Principle Photograher ) bagi kepercahayaan pada aku..biasa aku teg dia jer tapi kali ni kena lone ranger..gigil gak tapi insya'Allah OK..alhamdulillah


untuk lebih foto sila ke | http://exertionphotography.wordpress.com/

Thursday, December 1, 2011

Utara Semenanjung Malaysia | 1st time ke Perlis

Dah lama tak update blog aku ni..sibuk sikit der..tapi dalam dok sibuk pun aku ada peluang pergi bercuti atas arahan syarikat...aku kena pergi BTN..hkahkahkaha..layan jer laaa...apa pun ini merupakan kali pertama aku dapat ke Perlis dan aku sangat teruja dengan kecantikkan bentuk muka bumi Perli..subhanallah...siap beli kasut baru tu..aku tak nak share gambar masa kat BTN..memang tak banyak kot..tapi aku nak kongsi apa yang menarik perhatian mata aku semasa di Perlis dan Kedah...


Thursday, November 3, 2011

Tahun depan darjah 1 | adibah my darling

Minggu lepas Nur Adibah ada konvo pertama dalam hidup dia...konvo tamat belajar di taska, satu pengalaman baru untuk dia. Sepatutnya tahun ni adibah masuk sekolah pra tapi lepas bincang balik dengan ummi dia kami buat keputusan untuk kekalkan dia di taska dan alhamdulillah rasanya kami dah buat keputusan yang betoi untuk adibah. Mencecah umur dia 6 tahun adibah dah pandai membaca + menulis much batter than me..aku dulu darjah 3 pun merangkak lagi nak membaca. Result exam adibah bebaru ni pun alhamdulillah dia score 'A' dalam semua mata pelajaran dan dapat no.7 dari semua yang sebaya dengan dia dan yang paling aku bangga matematik dia mantop..lagi mantop dari abi dia ni...hekheheke..alhamdulillah abi + ummi sentiasa do'akan yang terbaik untuk adibah...Tahun depan Nur Adibah dah darjah 1



Wednesday, November 2, 2011

Pengaruh rakan sebaya + bukan sebaya

Semua orang ingin hasilkan gambar yang cantek...soalannya macam mana..??? 1st sekali dah tentu la kena paham kamera ditangan tu dan teknik mengambil gambar cuma dari segi kreativiti jer susah sikit sebab setiap dari kita mempunya cara melihat sesuatu dengan berbeza. Cara yang paling mudah tengok hasil kerja kawan-kawan atau blog orang lain dan tiru macam mana depa buat..boleh dapat tak..? kalau dapat alhamdulillahhhh..kalau tak dapat cuba dan cuba lagi sampai boleh sampai rasa malas nak buat...hekekheke

p/s : berikut hasil terbaru akibat tiru orang..tiru sapa aku tak mau bagi tau..hehehehe

Friday, October 28, 2011

Mengintai Melaka

Lepas trip ke Kelantan dan Terengganu naik bas, teringin lagi nak bawak famili jejalan naik bas lagi..destinasi seterusnya Melaka...dan sekarang dah start plan dan mencari tempat penginapan yang sesuai untuk famili nak jalan-jalan sekitar bandar Melaka...target dalam bulan 1 atau bulan 2 2012...pecc,,,,,


Thursday, October 27, 2011

Misi mencari album | Al kisah Nick + Farz

Berdua an dengan mael kami ke KL dekat area pudu mencari album yang dihajati demi memenuhi kehendak customer yang inginkan yang terbaekkk...


tapi sayang stok tarak..dengan perasaan berat hati kami mencari pulak kat Shah Alam seperti yang direkemen oleh Otai...dan alhamdulillah dapat. Lepas beli album lepak di PKNS kebetulan pulak ada nick + farz ada lagi terus buat *pre falling* shoot...nick main cakkk...!!! balik pokok..hakhakhaha


klik sini untuk lebih foto : http://harbinphotoart.blogspot.com/2011/10/celebrating-luvautum-wake-faiz-farz.html

Tuesday, October 25, 2011

Fun time| Adibah + the flying spinner

Masa bersama anak-anak merupakan saat yang paling best..lupakan pasal OT pukul 5.30 balik terus bawak anak-anak main depan rumah, anak-anak makin membesar perlukan perhatian + kasih sayang.and this is the story....


Monday, October 24, 2011

Kenangan di Kelate + Ganu - 1st famili bas trip. 14 - 16/10/2011

Dah lama plan nak ke Kelate + Ganu naik bas ni...tapi tak kesampaian lagi..alhamdulillah kami sekeluarga dapat jemputan join rombongan ke Kelate + Ganu naik bas...this is the story....










Friday, October 21, 2011

Sakit pemberian dari Allah

Semalam aku diserang sakit perut + ciritbirit tapi tak kritikal sangat tapi walau bagaimana pun dah sakit kena ambik MC la sebab dah sakit :D.....memandangkan MC jadi dikesempatan ini aku cuba siapkan job wedding 2 minggu lepas..alhamdulillah sharp lebih kurang pukul 7 petang sebelum butik tutup aku sampai serahkan album yang dah siappp...itulah alkisah rezeki dari Allah

p/s : aku tengah pilih gambar masa bercuti di kelate + ganu..tunggu

Monday, October 10, 2011

Thursday, October 6, 2011

Majlis Resepsi Emira + Shafary 02.Oct.2011

Hari ke 2 di Felda Sungai Tengi Selatan...indah tempatnye...rumah pun cantek-cantek belake...alhamdulillah acara majlis hari tu berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada famili pengantin + pasangan pengantin atas kerjasama yang hebat...tak kering tekak aku + azmil minum air jer....Semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat..ameeennn


Untuk lebih foto : http://harbinphotoart.blogspot.com/

Tuesday, October 4, 2011

Trip to Kelantan + Terengganu

In the mood nak pegi Kelantan + Ganu, ada offer dari bos isteri aku ajak pegi rombongan naik bas ke sana.
eeemmmm best gak ni bawak anak-anak naik bas jejalan..menarikkkk

Monday, October 3, 2011

Majlis Nikah. Emira + Shafary. 01.Oct.2011

Kamera ku membawa ku kemana sahaja...itulah ungkapan yang boleh aku cakap..kali ni job aku kat felda Sungai Tengi Selatan. Pernah dengar tapi tak pernah sampai...alhamdulillah dapat job kat sini berpeluang la aku sampai ke sini. Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...aminnnn...





p/s: terima kasih kepada rangga + azmil a.k.a nikonion anbu

untuk lebih foto : http://harbinphotoart.blogspot.com/