Friday, September 23, 2011

Selamat Pengantin Baru - Munirah + Naim

Bertempat Ampang Ipoh Perak pada 17.Sept.2011 berlangsungnya majlis pertunangan + pernikahan antara Munirah + Naim. Antara majlis pertunangan + nikah paling pantas aku pernah tengok depan mata. Tahniah untuk Munirah + Naim semoga kalian bahagia hingga akhir hayat...amennn 
p/s : pengalaman yang menarik shoot untuk majlis korang..Tq

Untuk lebih foto : http://harbinphotoart.blogspot.com/

Wednesday, September 21, 2011

Ugly Kid Joe - Everything About You


Lagu kenangan lama bersama kawan-kawan 5s1 SMTK batch 96/97...tak sabar nak jumpa korang reunion ni....banyak sejarah lagu ni dan group ni...hkehkhekehkeh

Monday, September 19, 2011

Selamat pengantin baru Adah + Udin

Kasih terpatri antara dua insan di Felda Sungai Behrang. Selamat pengantin baru Adah + Udin semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Terima kasih atas kerjasama kalian dan keluarga sepanjang majlis..



untuk lebih gambar sila ke : http://harbinphotoart.blogspot.com/

Friday, September 9, 2011

Selamat Pengantin Baru - Hafiz + Aishah



Inilah pertama kali dalam hidup aku tengok pengantin kena junjung sebelum diketemukan..adat orang Rawa..sebelum pengantin disandingkan keluarga kedua belah pihak kena menjunjung kedua penganting dan temukan mereka...thanks to my cazzz adik bagi teg along + publish gambar...
more photo: http://harbinphotoart.blogspot.com/

Wednesday, September 7, 2011

Monday, September 5, 2011

Rumah kenangan - Balik kampung episod 4

wawa+razim+adibah+haziqah di rumah Tok Ngah raya 2011

Rumah Pak ngah aku ( sebenarnya kalau ikut pangkat Tok tapi aku lebih suka panggil angah ) di Parit Mentara 3 Alor Pongsu Bagan Serai Perak dimana aku habis separuh masa kecik aku habiskan disini. Masa aku kecik dulu angah aku yang sorang ni selalu bawak aku balik ke rumah ni. Disini lah aku makan, aku tido, aku mandi parit dan macam-macam lagi laaa sampai tahap mak aku terpaksa jemput aku balik la, punya layan aku lepak kat rumah ni...raya baru ni kami satu famili pergi beraya dirumah ni...Banyak kenangan zaman kecik aku disini..Terima kasih angah bawak aku ngeteh di Alor Pongsu dolu-dolu jasa mu sentiasa dikenang
p/s: gambar hasil dari class UPSR dengan adik semalam...terima kasih adik :D

Sunday, September 4, 2011

Tak semua boleh guna AF ( Auto Focus )


tak semua boleh shoot pakai AF...contohnya sarang labah-labah ni dah banyak kali aku cuba tak boleh..tetiba teringatkan Nick Faiz yang selalu pakai manual focusing..try tengok boleh ke tak guna manual focus rupanya lebih mudah. OOoooOOOoo..baru la aku faham tak semua shoot boleh pakai AF...

Monument baru di kampung aku - Balik Kampung episod 3

Projek mega sedang rancak bejalan kat belakang rumah aku memang best tapi yang tak bestnya setiap kemajuan yang diberi perlukan pengorbanan...

dulu sebelum ada projek landasan ni penduduk senang nak ke pekan walaupun dengan kereta boleh lintas rail bila-bila masa tapi sekarang dah tak boleh..kalau nak masuk kampung ni dengan kereta kena pusing jauh...menyusahkan betoi...rumah pak ngah aku dekat jer terus jadi jauh...sapa la yang sengal sangat tak mintak jalan untuk laluan kereta....Itulah kisah mercu tanda baru kampung aku...Seddeeeyy..!!!!

My name Amat T.K.B - Balik Kampung episod 2

D3k + f:4, s/s:1/60, iso:200, f/l:70mm
Nama saya Amat, saya tinggal di Parit Mentara 3 Alor Pongsu Bagan Serai Perak, umur rahsia...hehehe..sebenarnya aku tak tau umur dia..tapi rasanya dalam dekat 40 an gak laaa...Amat ni insan istimewa dia pekak dan bisu walaupun dia pekak dan bisu tapi tak pernah aku tengok dia mintak sedekah kat orang..dia cari duit sendiri, macam-macam kerja dia buat...itulah istimewanya insan yang aku kenal ini yang bernama AMAT The Kampung Boy...

Saturday, September 3, 2011

Makanan yang ku rindu - Balik Kampung Episod 1

Time balik kampung selain masakkan mak aku ada makanan lain yang aku rindu..hehehehe..dalam kepala selalu terbayang buat aku gila bayang...ROTI ARAB..yes roti arab..sejenis makanan yang sememangnya sangatlah rare...

Isinya sayur cincang + daging + sos yang dibuat sepecial yang membuatkan roti arab ni sedap. Pakcik yang jual roti ni boleh ditemui di pasar malam bagan serai dan pasar ramadan pasar malam...seingat aku dari zaman aku sekolah rendah dia dah meniaga roti ni...banyak kenangan aku dengan roti ni...
p/s: masa beli roti ni Helmi Che Dollah pun ada beli sama...ada kenangan gak tu