Saturday, April 16, 2011

Demo memadam kebakaran

Part ni aku suka..demo kebakaran..masa sambutan rukun tetangga kat taman aku minggu lepas ada buat demo kebakaran.
Cara-cara untuk padamkan kebakaran :
Tengok arah angin bertiup pastikan jangan duduk dikedudukan angin bertiup kalau tak buruk padahnya + cabut dulu pin keselamatan pada tong pemadam api + pilih pemadam api yang sesuai ( serbuk atau sabun ) + tekan picu pemadam api halakan muncung hose ke arah api sehingga api padam macam gambar kat bawah ni..


Wednesday, April 13, 2011

Dah dapat lesen dah

gambar aksi tunggangan pertama Nur Adibah kat depan rumah jer..

Berbaru ni dalam awal bulan la anak aku yang sulong nama dia Nur Adibah umur 6 tahun dah lulus ujian menunggang basikalnya..tanpa latihan khusus tetau dia dah boleh menunggang basikal..pandai macam ayah dia jugak la..sekarang pepetang  dia boleh pusing taman dengan basikal cuma dalam tempoh 'P' jer lagi..hehehe..lepas ni giliran kak ngah pulak

Monday, April 11, 2011

Kejadian alam_Keagungan Allah

Hujan panas...selalu berlaku tapi tak semua orang dapat capture moment tu..minggu lepas time balik keje aku dapat peluang tu..hujan lebat + cahaya matahari yang sangat terang = Hujan Panas ( Subhanallah )

Hujan panas di Bandar Behrang, Perak

Santai bersama Sequins Couture Bridal - Tanjong Malim

Hari sabtu lepas aku menawarkan diri untuk join shoot busana terbaru dari 'Sequins Couture Bridal' mencari pengalaman untuk shoot busana pulak. Memang berbaloi la, satu cabaran yang hebat dimana kami kena shoot tengah panas...hehehe..apa pun bagi aku, aku dah cuba yang terbaik yang aku mampu..ada la dapat ilmu baru..belajar dari pengalaman. Thank to 'Sequins Couture Bridal' sebab bagi peluang + AJ Habib sebab bagi jalan + ila & Farah ( model ) sanggup sesama berpanas + jalan pusing taman

The best of - ila isnila





The best of - Farah




 Disebalik Tabir
Masa berkumpul..kawan lama + kawan baru

nick + daus..loving friend

Farah + ila..lovely model


Thursday, April 7, 2011

Minum petang with geng's

Semalam lepas balik kerja, balik rumah roger bro's yang lain terus pegi lepak di Amer Char Kuew Teow Ulu Bernam. Baru lepas hujan ingatkan tak ramai lepak at the end ramai la jugak hampir 3 table penuh aaa...kalau dapat lepak macam ni selalu best apa dapat sharing pengetahuan dan pengalam...terima kasih Cikgu Zul sudi datang jauh dari KKB semata-mata nak share ilmu + terima kasih jugak pada kawan lain Bob + Iqbal + Kucak + Ejam + Pali + Pa'an + Nazi datang lepak

dan thanks tu En Sesumpah sebab sudi jadi talent petang semalam....hehehehe..cutee

Pose istimewa En Sesumpah

Monday, April 4, 2011

Sambutan 10 Tahun Nikon Malaysia_ Mid Valley KL

Kebetulan hari ni ( 3/4/2011 - Ahad ) last day sambutan 10 tahun Nikon Malaysia di KL. Memula rasa segan gak nak pegi maklum la pakai kamera kokak jer tapi sebab Cikgu Zul yang ajak pegi la jugak. Sambil tu boleh belajar shoot model atas stage. Apa pun memang best aaaa...

Gambar sekitar pamera yang ini  merupakan pertama kali aku pegi..gempak jugak + banyak gambar pamera dari jurufoto dunia yang sangat memberi ilham. Sebelah petang ada pertandingan shoot model + produk, aku try jugak masuk tapi tak de rezeki dah melepas D7000...hehehe mungkin lain kali, sabar ye Cikgu Zul


Antara gambar yang aku shoot untuk pertandingan Model + Produk


Sunday, April 3, 2011

Sepetang di Pasar Malam Tanjong Malim

Dah banyak kali datang pasar malam dengan kamera tapi hapah pun tak jadi tapi hari hari ni aku datang dengan misi, berjalan dengan D3000s + kit lens 18~55mm aku nak cuba guna cahaya lampu orang berniaga untuk capture moment yang terbaik + berlatih guna ISO yang sebelum ni aku jarang usik..Thanks tu Pali + ijam + Fahmie temankan aku duduk kat divider jalan lepak...hehehe

Gambarku ceritakan segalanya....



Untuk lebih gambar sila ke :