Monday, June 20, 2011

StreetPhoto:From Pekan Behrang Stesen To Pasar Malam Tanjong Malim

Hari: Sabtu 18.6.2011( hari cuti isteri dan anak² balik kampung )
Tujuan aku adalah untuk mengasah mata cuba praktikkan apa yang dipelajari. Seawal pkl 7.00am aku dah tercanggak di pekan Behrang Stesen.Sebelah pagi aku shoot sorang sebelah petang shoot dengan bro shidi yang balik bercuti. Dari mata kaca lensa ku....

 Pekan ni penduduknya tak ramai dalam 300 hingga 400 orang sahaja...dulu cecah seribu lebih tapi disebabkan kawansan ni agak terpinggir dari pembangunan ramai penduduk disini cabut lari --Sumber dari penduduk setempat


 Majoriti penduduk disini berbangsa cina tapi depa cukup ramah, hilang rasa cuak aku nak snap gambar kat pekan ni..



Nasi lemak kat kedai ni sedap...rasa nak pergi lagi...





gambar sendiri buat kenangan....
  Sebelah malam aku bersama bro Rashidi pergi ke pasar malam Tanjong Malim untuk snap apa yang boleh disnap..almaklumla dua-dua 'bujang' la katakan..apa pun thanks kepada shidi share knowledge dan pengalaman...ohhsemmmm





Psikologi orang meniaga..buat aku 'Tersenyum'
Credit to Epoi dan kawan dia bagi pose yg baekk punyeee..
Lepas ni nak shoot kat mana pulak ye....eeemmmmm

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan_16 Jun 2011 - Subhanallah

Subhanallah..itu lah perkataan yang keluar dari mulut aku bila dapat melihat sendiri kejadian Gerhana Bulan malam tadi..alhamdulillah Allah bagi kesempatan pada aku untuk tengok sendiri kekuasa-Nya walaupun dikabarkan ditempat lain keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk melihat gerhana ni...Cuma percaturan ku silap ( ewaah ayat..hehehe ) aku bangun pukul 3 pagi rupanya dah separuh bulan dah jadi gelap...apa pun alhamdulillah boleh gak snap pic untuk dikongsi dengan semua..harap maaf kalau image kurang jelas atau menarik..maklum la bapak budak masih baru belajar nak snap foto...

Fasa kejadian gerhana bulan


Lakaran perbezaan gerhana matahari dan bulan


 Apa yang berlaku malam tadi seperti lakaran diatas keduduk bulan,bumi dan matahari adalah selari. Bumi berada ditengah-tengah menyebabkan bulan terlindung dari pancaran matahari - cuba ingat balik subjek 'Alam Dan Manusia'. Dibawah ni pic yang aku snap awal pagi tadi guna lens 70-300mm tanpa VR ( ini jer yang mampu..hehehe )

rakaman kejadian dari pkl 3.00am~3.30am
 Selepas pic # 7 bulan hilang terus dari pandangan sebab awan tebal lalu di kawasan rumah aku...sambung tido balik..

Tuesday, June 14, 2011

Operasi Cabut Gigi Nur Adibah

Actually kali ni adalah kali ke-2 adibah kena cabut gigi sebab gigi baru dah tumbuh jadi untuk memudahkan pertumbuhan gigi baru tu jadi gigi lama perlu dicabut walaupun masih elok. Jadi hari ni aku masuk keje lewat sikit ( time slip ) untuk bawak adibah ke klinik. 3 minggu lepas masa cabut gigi kali pertama tak sempat nak snap masalah cam kali ni aku dah ready..nah ceritanya....hehehe..kesian anak abi tahan sakit...
Kami anak beranak sarapan dulu ka hulu bernam..dah lama dah sarapan kat sini..tau dek umi dia kami lepak sini mesti muncung muka sebab tak bawak dia..hehehe

 Adibah bersama no giliran..alhamdulillah orang tak ramai...
 Masa operasi mencabut gigi..kali ni sakit sikit nampaknya mungkin sebab gigi tu kuat lagi kot...kesian anak abi....Thanks Doc bagi snap pic..
Selepas cabut gigi...aku yang tua ni pun tengok ngeri...eeeeeeeeeee

Monday, June 13, 2011

Weekend di KL

Hari sabtu tadi aku ada job shoot wedding di Wisma Sejarah KL, aku jadi second fotografer untuk member aku sham. Niat dalam hati aku nak shoot apa yang aku nampak menarik sepanjang trip job ni...walaupun tak dapat shoot semua dapat snap sikit jadi la...berkongsi pandangan mata ku hari sabtu di Kuala Lumpur...Kepada Sham KKB terima kasih sudi bagi peluang untuk aku join job ko...Selamat Pengantin Baru Fakhrul + Adibah: semoga berbahagia sehingga keakhir hayat..amin

Klik Sini untuk lebih foto
Pic semasa minum petang di Tasik Titiwangsa, best gak lepak sini..layan siot..suasana KL masa ni kureng sikit pasal langit KL agak berjerubu jadi tak nampak sangat view sebenar KL. Lepas lepak kat Titiwangsa kami plan gerak ke Taman Layang-Layang Kepong pulak saje nak tengok Daus + Mokh shoot talent untuk projek depa...bagi aku ini peluang untuk tengok tempat baru..kacak gak tempat nye + ramai orang main layang-layang ye la kan nama pun taman layang-layang



Thanks to Zul + Fendi yang berniaga di Taman Layang-Layang  dan kepada Siti + Lana the Cat sebab sudi bagi special pose untuk lensa saya...itulah perjalanan ku 'Weekend di KL'

Friday, June 10, 2011

Mak datang yeaahhhhhhh............

Dalam minggu lepas mak aku datang lepak kat rumah aku...ada la jugak dalam 2 minggu tapi tu la rasa kejap sangat...kebetulan pulak isteri ku sorang yang tersayang kena pergi kursus, alhamdulillah mak ada sudi menjaga cucu-cucu nya + dapat la cucu-cucu bermanja dengan mak nek ( panggilan anak-anak aku dan anak-anak buah aku pada mak aku ) depa...berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan mak aku ke rumah aku..cewahhhhh....



mak tengah shopping dgn puas shuhada....


Famili + mak makan kat luar

Jejalan di Tg Malim Old town

mak bersama kakaknye  ( mak njang aku le... )

mak bersama cucu-cucu di rumah aku

Monday, June 6, 2011

Ke Chenderung Balai 12 we goOooOoOo..

Hari Jumaat dan Sabtu lepas aku berpeluang pergi ke Chenderung Balai 12 dekat dengan area Langkap untuk shoot wedding Nurul Aziatul Azua + Sulaiman. Ini pertama kali aku jejakkan kaki ke Chenderung Balai 12 sebelum ni dengar dari mulut org jerrr...dan kali ni aku buat satu keje gila dimana sambil drive aku cuba snap apa yang aku nampak menarik ni kes malas nak behenti la ni..hahahahaha...My picture tell you the story...




 On the way balik singgah jap di Masjid Sungkai ( lupa nak ambik nama betoi masjid ni ) Subhanallah cantekk nya langit Allah...


Untuk lebih foto klik disini : http://www.harbinphotoart.blogspot.com