Friday, April 29, 2011

Teknik 'Multi Flash' - Percubaan No.1

Bermula dari tips dari Cikgu Zul aku dan geng menyahut cabaran melaksanakan sesi pratikal dan mengenali apa itu teknik multi flash
Setting:
Shutter speed: B stop
Aperture: Bergantung kepada kecerahan masa tu
Iso: Bergantung kepada kecerahan
Tripot dah tentu la kena pakai..hehehe
flash unit 2 dah memadai
Lokasi: Taman permainan Bandar Behrang
Teknik ini digunakan untuk menampakkan pergerakkan sesuatu subjek contohnya adalah seperti bibawah





Special  thanks to : Cikgu Zul, Kucaks mmx, pa'an, pali, ejam, megat

Wednesday, April 27, 2011

Santai foto bersama busana_Overtime lepas kerja

Petang semalam alhamdulillah cuaca di Proton City cun walaupun pada awalnya hujan dengan jemputan mengejut dari Adie Muslim'z Bridel House aku tetap datang. Misi kali ini untuk dapatkan komposisi + pencahayaan sebaik mungkin jadi ini lah masanya untuk belajar dari abg² pro yang datang..Thanks Adie

Linda

 Wawa

 Helen
 Disebalik tabir....
 Sesi TT...
Lepak @ mamak


Penerangan dari Ahmad Zamzahuri..

Thank kepada model² + Zam yang sudi dan share knowledge + Pali tolong jaga lighting

untuk lebih gambar: http://www.flickr.com/photos/harbinphotoart/

Monday, April 25, 2011

Dinner @ mamak

Me + Puan Noor Syuhada ( me wife ) + the crew ( anak² la.. ) kami dinner di kedai mamak kat Proton City Jumaat lepas...saje bawak famili lepak kat luar selalu aku jer lepak sorang. makan simple jer roti canai bawang + nasi lauk ayam goreng + air bandung..Setteellllll...semua happy + enjoy + alhamdulillah

by the way roti canai kat kedai ni awesome, isteri aku pun suka, habis roti den disobatnyo...hehehe kalau dia baca blog ni confirm aku kena piat...hahahaha

Friday, April 22, 2011

Suka Suke Slow Shutter

Pukul 12.00 tengah malam, lokasi jambatan berhampiran Bandar Behrang bersama Geng Tido Lewat ( Bebudak poli sebab study nak exam ) main slow shutter kat atas jambatan ni bawahnya lebuhraya.
see Me + Pali + Ejam + Pa'an + Megat in action



Special thanks to pali dan pa'an jaga lalu lintas..kuikuikiukuik

Wednesday, April 20, 2011

Seri Bulan + Lingkaran Cahaya

Malam selasa lepas aku tido lewat. Kebetulan malam tu langit cerah, time aku donggak ke langit Subhanallah cantek nya bulan malam ni siap ada lingkaran cahaya aku pun capai kamera terus shoot moment yang berharga ni.

pukul 2.30am


Monday, April 18, 2011

Belajar A+B+C fotografi

Tengok kawan pakai kamera DSLR aku pun nak pakai...baru cool pergi jejalan kamera tergantung di tengkok tapi mahirkah anda mengunakannya atau main letak kat mood Auto + main hentam ambik gambar jer. Fotografi adalah seni, seni melihat + seni melukis dengan cahaya. Bagi yang serius untuk mendapat hasil yang 'mantop' melalui kamera DSLR anda eloklah cari guru dan belajar.
Ceritanya hari Ahad lepas saya pergi kelas fotografi yang dikendalikan oleh Cikgu Zulkifli Bin Din yang merupakan otai dalam bidang seni lukis dan fotografi yang berpengkalan di Kuala kubu Baru. Kelas dijalankan di pekan Kuala Kubu.
Kepada yang berminat untuk menyertai kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Zul boleh hubungi saya:
Harbin - 0135844733

Sesi Teori apa itu Aperture + ISO + Shutter speed + Farming


Sesi Teori + Praktikal pengunaan 'Back drop' + lampu studio + White balance


Hasil pembelajaran tentang 'White Balance'

Saturday, April 16, 2011

Demo memadam kebakaran

Part ni aku suka..demo kebakaran..masa sambutan rukun tetangga kat taman aku minggu lepas ada buat demo kebakaran.
Cara-cara untuk padamkan kebakaran :
Tengok arah angin bertiup pastikan jangan duduk dikedudukan angin bertiup kalau tak buruk padahnya + cabut dulu pin keselamatan pada tong pemadam api + pilih pemadam api yang sesuai ( serbuk atau sabun ) + tekan picu pemadam api halakan muncung hose ke arah api sehingga api padam macam gambar kat bawah ni..


Wednesday, April 13, 2011

Dah dapat lesen dah

gambar aksi tunggangan pertama Nur Adibah kat depan rumah jer..

Berbaru ni dalam awal bulan la anak aku yang sulong nama dia Nur Adibah umur 6 tahun dah lulus ujian menunggang basikalnya..tanpa latihan khusus tetau dia dah boleh menunggang basikal..pandai macam ayah dia jugak la..sekarang pepetang  dia boleh pusing taman dengan basikal cuma dalam tempoh 'P' jer lagi..hehehe..lepas ni giliran kak ngah pulak

Monday, April 11, 2011

Kejadian alam_Keagungan Allah

Hujan panas...selalu berlaku tapi tak semua orang dapat capture moment tu..minggu lepas time balik keje aku dapat peluang tu..hujan lebat + cahaya matahari yang sangat terang = Hujan Panas ( Subhanallah )

Hujan panas di Bandar Behrang, Perak

Santai bersama Sequins Couture Bridal - Tanjong Malim

Hari sabtu lepas aku menawarkan diri untuk join shoot busana terbaru dari 'Sequins Couture Bridal' mencari pengalaman untuk shoot busana pulak. Memang berbaloi la, satu cabaran yang hebat dimana kami kena shoot tengah panas...hehehe..apa pun bagi aku, aku dah cuba yang terbaik yang aku mampu..ada la dapat ilmu baru..belajar dari pengalaman. Thank to 'Sequins Couture Bridal' sebab bagi peluang + AJ Habib sebab bagi jalan + ila & Farah ( model ) sanggup sesama berpanas + jalan pusing taman

The best of - ila isnila





The best of - Farah




 Disebalik Tabir
Masa berkumpul..kawan lama + kawan baru

nick + daus..loving friend

Farah + ila..lovely model


Thursday, April 7, 2011

Minum petang with geng's

Semalam lepas balik kerja, balik rumah roger bro's yang lain terus pegi lepak di Amer Char Kuew Teow Ulu Bernam. Baru lepas hujan ingatkan tak ramai lepak at the end ramai la jugak hampir 3 table penuh aaa...kalau dapat lepak macam ni selalu best apa dapat sharing pengetahuan dan pengalam...terima kasih Cikgu Zul sudi datang jauh dari KKB semata-mata nak share ilmu + terima kasih jugak pada kawan lain Bob + Iqbal + Kucak + Ejam + Pali + Pa'an + Nazi datang lepak

dan thanks tu En Sesumpah sebab sudi jadi talent petang semalam....hehehehe..cutee

Pose istimewa En Sesumpah

Monday, April 4, 2011

Sambutan 10 Tahun Nikon Malaysia_ Mid Valley KL

Kebetulan hari ni ( 3/4/2011 - Ahad ) last day sambutan 10 tahun Nikon Malaysia di KL. Memula rasa segan gak nak pegi maklum la pakai kamera kokak jer tapi sebab Cikgu Zul yang ajak pegi la jugak. Sambil tu boleh belajar shoot model atas stage. Apa pun memang best aaaa...

Gambar sekitar pamera yang ini  merupakan pertama kali aku pegi..gempak jugak + banyak gambar pamera dari jurufoto dunia yang sangat memberi ilham. Sebelah petang ada pertandingan shoot model + produk, aku try jugak masuk tapi tak de rezeki dah melepas D7000...hehehe mungkin lain kali, sabar ye Cikgu Zul


Antara gambar yang aku shoot untuk pertandingan Model + Produk


Sunday, April 3, 2011

Sepetang di Pasar Malam Tanjong Malim

Dah banyak kali datang pasar malam dengan kamera tapi hapah pun tak jadi tapi hari hari ni aku datang dengan misi, berjalan dengan D3000s + kit lens 18~55mm aku nak cuba guna cahaya lampu orang berniaga untuk capture moment yang terbaik + berlatih guna ISO yang sebelum ni aku jarang usik..Thanks tu Pali + ijam + Fahmie temankan aku duduk kat divider jalan lepak...hehehe

Gambarku ceritakan segalanya....



Untuk lebih gambar sila ke :